Welcome
Links Corporate Information, Directory, Online Services, Annoucement and Site Menu
Welcome
Links Corporate Information, Directory, Online Services, Annoucement and Site Menu
Assalamualaikum w.b.k.t.h.
Terima Kasih Saudara / Saudari Pengerusi Majlis,
Yang Berbahagia DatoÔÇÖ Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri
Selaku Pengerusi  Jawatankuasa Pusat Sasaran Penting
Yang Dihormati Tan Sri DatoÔÇÖ Sri Khalid bin Abu Bakar
Ketua Polis Negara
YBhg. Dato Hj Johari bin Hj Jamaluddin
Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri
Selaku Setiausaha Jawatankuasa Pusat Sasaran Penting
Yang Berhormat Setiausaha ÔÇô Setiausaha Kerajaan Negeri
Selaku Pengerusi Jawatankuasa Sasaran Penting Negeri
Pegawai-Pegawai  Kanan Kerajaan,
Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif,
Pengurus-Pengurus Keselamatan Sasaran Penting Seluruh Malaysia,
Pembentang-Pembentang Kertas Kerja,
Dif-dif kehormat,
YBhg. Tan Sri ÔÇô Tan Sri, DatoÔÇÖ Sri ÔÇô DatoÔÇÖ Sri, DatoÔÇÖ-DatoÔÇÖ, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian.
1.      Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurnia-NYA dapat kita berkumpul bersama-sama di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dalam Majlis Perasmian Seminar Sasaran Penting Peringkat Kebangsaan 2013.
2.      Terlebih dahulu, saya mengucapkan Selamat Datang kepada Pembentang-Pembentang Kertas Kerja dan semua para Peserta Seminar dari Pemilik-Pemilik dan Penghuni-Penghuni Instalasi seluruh Malaysia.
3.┬á┬á┬á┬á┬á Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada YBhg. DatoÔÇÖ Sri KSU Kementerian Dalam Negeri (KDN), pihak Urusetia Jawatankuasa Pusat Sasaran Penting (JPSP) dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (JPM) kerana telah berjaya menghimpunkan semua Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Sasaran Penting Negeri (JSPN) , Setiausaha-Setiausaha JSPN dan Pemilik-Pemilik Sasaran Penting untuk sama-sama terlibat dalam seminar ini.
4.      Sesungguhnya himpunan terbesar ini membuktikan keseriusan dan kesungguhan semua pihak bagi menjamin keselamatan perlindungan di Instalasi Sasaran Penting.
5.      Saya dimaklumkan terdapat 6 kertas kerja yang telah dan akan dibentangkan dalam seminar ini. Oleh yang demikian, saya berharap seminar  ini dapat memberi ruang dan peluang kepada semua peserta untuk membincangkan isu-isu penambahbaikan dan transformasi pengurusan keselamatan di Instalasi Sasaran Penting di seluruh negara yang sudah pun bertapak dalam jeda masa 51 tahun.
YBhg. Tan Sri ÔÇô Tan Sri, DatoÔÇÖ Sri ÔÇô DatoÔÇÖ Sri, DatoÔÇÖ-DatoÔÇÖ, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian.
6.┬á┬á┬á┬á┬á Jika disoroti kronologi sejarah ÔÇô penubuhan Jawatankuasa Pusat Sasaran Penting ┬ábermula :
Pada April 1962 ÔÇô Apabila Kerajaan Persekutuan telah bersetuju menubuhkan ÔÇ£Central Key Points CommitteeÔÇØ untuk melindungi Instalasi Sasaran Penting Negara.
Pada Tahun 1964 ÔÇô Kerajaan menubuhkan State Key Point / Counter Sabotage untuk melindungi Instalasi Negeri dari ancaman Komunis.
7.      Pasca penubuhan State Key Point, negara kita telah berjaya membangun dalam keadaan yang selamat dan aman. Namun, cabaran aspek keselamatan telah berubah kepada bentuk yang lebih global.
Pada 13 Oktober 1993 - Jemaah Menteri telah meluluskan Arahan Tetap Sasaran Penting untuk menggantikan State Key Points / Counter Sabotage.
8.      Bertitik tolak dari Arahan Tetap ini maka tertubuhnya Jawatankuasa Pusat Sasaran Penting (JPSP) yang bertanggungjawab menguruskan keselamatan di 13 sektor Instalasi Sasaran Penting sehingga hari ini.
9. ┬á┬á┬á┬á Begitulah sejarah perkembangan sistem pengurusan keselamatan perlindungan di Instalasi Sasaran Penting Negara yang semakin dewasa. Usaha menaiktaraf, menambahbaik dan memperkasa institusi ini perlu diteruskan sejajar dengan tema ÔÇ£Transformasi Sasaran Penting Kesejahteraan RakyatÔÇØ
YBhg. Tan Sri ÔÇô Tan Sri, DatoÔÇÖ Sri ÔÇô DatoÔÇÖ Sri, DatoÔÇÖ-DatoÔÇÖ, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian.
10.     Sesungguhnya transformasi perlu dilaksanakan selari dengan peredaran zaman. Transformasi perlu dirancang dan dilaksanakan secara holistik bukan secara superficial atau pun partial.  Transformasi perlu dilakukan dari aspek teknologi, sumber manusia dan keupayaan.
11.     Namun kita perlu akui, transformasi ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ia tidak akan datang bergolek dengan sekelip mata. Transformasi memerlukan penglibatan semua pihak yang mengendalikan hal-ehwal keselamatan di Instalasi Sasaran Penting Negara.
12.     Saya amat mengharapkan komitmen dan kerjasama dari pihak pemilik Instalasi dalam usaha mentransformasi pengurusan keselamatan yang semakin mencabar. Langkah proaktif perlu dilakukan dalam berdepan dengan sebarang kemungkinan yang mengganggu-gugat keselamatan di Instalasi Sasaran Penting Negara.
13.     Jika Instalasi Sasaran Penting Negara ini tergugat seperti Penjana Kuasa Elektrik, Empangan, Lapangan Terbang dan Planta Minyak maka ia akan melumpuhkan kestabilan ekonomi dan sosial masyarakat.
14.┬á┬á┬á┬á Oleh itu, langkah pencegahan dari aspek keselamatan ibarat menyediakan ÔÇ£payung sebelum hujanÔÇØ perlu dilaksanakan bagi mengelakkan daripada tragedi ÔÇ£malang yang tidak berbauÔÇØ.
YBhg. Tan Sri ÔÇô Tan Sri, DatoÔÇÖ Sri ÔÇô DatoÔÇÖ Sri, DatoÔÇÖ-DatoÔÇÖ, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian.
USAHA MEMPERTINGKATKAN TAHAP KESELAMATAN DI SASARAN PENTING BERHUBUNG DENGAN ISU LAHAD DATU
15.     Negara kita telah dikejutkan dengan isu pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu pada awal tahun, Peristiwa ini telah menjadi satu titik hitam dan membuka mata betapa pentingnya kita memelihara keselamatan negara dengan  meningkatkan persiapan untuk menghadapi sebarang ancaman dari luar atau dari dalam termasuk di Sasaran Penting Negara.
16.     Inisiatif kerajaan dengan mewujudkan Kawasan Keselamatan Khas (ESSCOM) sepanjang kira-kira 1,400km di pantai timur Sabah, merupakan langkah terbaik bagi mengekang tragedi berdarah ini daripada berulang kembali dimana kawasan ESSCOM terdapat sebanyak 27 instalasi Sasaran Penting Negara yang melibatkan Empat ( 4 ) sektor iaitu (1 Keutamaan I) dan
( 26 keutamaan II ) yang melibatkan Sektor Pengangkutan, Penyiaran, Telekomunasi dan Air.
17.     Usaha mempertingkatkan tahap keselamatan terutama di Sasaran Penting perlu dilakukan dengan menggunakan pendekatan bersepadu iaitu teknologi dan tenaga manusia bagi memaksimumkan tahap keselamatan dari sebarang ancaman yang tidak dijangka.
18. ┬á┬á┬á Bagi menambahbaik aspek teknologi, saya amat menggalakkan pemilik-pemilik Instalasi memasang CCTV High Definition dalam usaha membantu pihak berkuasa menjaga keselamatan awam. Saya menyeru pemilik-pemilik Sasaran Penting bersama-sama dengan Kerajaan menggunakan kelengkapan berteknologi tinggi bagi membolehkan sistem keselamatan yang digunakan berada pada tahap yang seimbang dengan ancaman ÔÇÿglobalÔÇÖ.
19.     Walaupun kos penyediaan peralatan yang bercirikan teknologi adalah mahal, ianya amat penting sebagai pelaburan jangka panjang dan seterusnya dapat mengurangkan pergantungan terhadap tenaga pekerja. Bagi pemilik-pemilik Sasaran Penting yang tidak mampu menggunakan sistem berteknologi yang tinggi, maka sistem keselamatan yang sedia ada boleh diteruskan dengan memperkasa sumber manusia dengan sistem konvensional yang setimpal dengan kemampuan kewangan.
20. Bagi menambahbaik aspek sumber manusia, saya berharap setiap pemilik Instalasi menubuhkan Pasukan Keselamatan Dalaman yang terdiri daripada Polis Bantuan. Usaha ini mampu mempersiap-siagakan satu pasukan khas yang berkawal menjaga keselamatan Instalasi dengan lebih rapi sejajar dengan Bab Lima di bawah Tajuk Pasukaan kawalan Keselamatan, Arahan Tetap sasaran Penting
21.     Di samping itu, saya juga menggalakkan agar petugas Instalasi dapat menyertai Pasukan Simpanan Askar Wataniah sebagai latihan memperkasa fizikal dan kemahiran pertahanan diri.
YBhg. Tan Sri ÔÇô Tan Sri, DatoÔÇÖ Sri ÔÇô DatoÔÇÖ Sri, DatoÔÇÖ-DatoÔÇÖ, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian.
PENILAIAN KESELAMATAN (RISK ASSESSMENT)
22.     Penilaian keselamatan (risk assessment) terhadap aspek keselamatan Sasaran Penting perlu dilakukan dengan lebih kerap agar seiring dengan era kontemporari. Tambahan pula cabaran yang terdapat di sekeliling kita sering berubah.
23.     Corak hubungan serantau dan dua hala negara-negara di rantau ini ada kalanya berubah mengikut senario semasa. Ini menuntut kita untuk memahaminya dengan pantas, tepat, dan jelas supaya kita tidak ketinggalan atau tersilap dalam membuat keputusan yang strategik. Maklumat ini diperlukan untuk membolehkan kita meningkatkan keupayaan dalam merangka strategi supaya perkhidmatan sasaran penting dapat diteruskan untuk kepentingan rakyat.
24.     Untuk itu, kita perlu memantau dan menghalusi setiap perkembangan yang berlaku bukan sahaja berkait rapat dengan isu-isu keselamatan tetapi juga soal hubungan dua hala, ekonomi, politik, perubahan alam sekitar dan sebagainya. Untuk tujuan ini, lima (5) perkara perlu diberi perhatian serius oleh semua penghuni/pemilik Sasaran penting adalah seperti berikut:
(i)      Semua pelanggaran keselamatan di Sasaran Penting hendaklah ditangani dan dilaporkan dengan segera kepada Setiausaha JPSP, JSPN dan pihak berkuasa lain yang berkaitan.
(ii)      Penilaian Risiko ( Risk Assessment ) hendaklah sentiasa dikaji berdasarkan keadaan atau ancaman semasa untuk membolehkan tindakan yang tepat dapat diambil.
(iii)     Pelan Kontijensi ( Contigency Planning ) hendaklah sentiasa diuji, dikemaskini dan dihantar kepada urus setia di peringkat pusat dan negeri oleh semua penghuni/pemilik Sasaran Penting supaya perkhidmatan dan hasil keluarannya tidak terjejas dan dapat beroperasi semula dalam masa yang singkat.
(iv)     Program Kesedaran Keselamatan hendaklah didedahkan kepada semua penghuni/pemilik Sasaran Penting supaya agenda keselamatan menjadi satu budaya kerja.
(v)     Tapisan keselamatan ( Security Vettings ) hendaklah dilakukan bagi memastikan mereka bebas dari sebarang unsur jenayah dan subversif sebagaimana termaktub di dalam Arahan Tetap Sasaran Penting.
YBhg. Tan Sri ÔÇô Tan Sri, DatoÔÇÖ Sri ÔÇô DatoÔÇÖ Sri, DatoÔÇÖ-DatoÔÇÖ, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian.
KESAN DAN CABARAN DUNIA SIBER DALAM ISU KESELAMATAN PERLINDUNGAN DALAM MEMASTIKAN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT
25.     Era globalisasi dunia mencetuskan banyak perubahan dalam menghayati kehidupan selepas arus paskal pemodenan. Perubahan terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat sehingga berjaya merubah bentuk pemikiran, ideologi, budaya dan berbagai elemen negatif dari luar dapat memasuki ruang negara tanpa sekatan dan kawalan.
26.     Oleh itu, persoalan terhadap keselamatan Sasaran Penting kian kompleks. Perkongsian maklumat adalah amat perlu untuk kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat, dalam masa yang sama sumbangan teknologi secara tidak langsung memberi impak negatif kepada pertahanan Sasaran Penting seperti  jenayah siber.
27.     Serangan siber boleh dilancarkan dimana-mana tempat atau kawasan dengan mensasarkan mana-mana yang dikehendakinya. Oleh yang demikian bagi melindungi dan mempertahankan Sasaran Penting daripada serangan siber, langkah untuk meningkatkan pendidikan, pengetahuan dan pengalaman kepada pegawai bertanggungjawab boleh menjadi perisai dalam mempertahankan Sasaran Penting daripada musnah dan kesejahteraan rakyat menjadi tergugat.
28.┬á┬á┬á┬á Di samping itu, kerjasama dan bertukar-tukar maklumat di peringkat Nasional dan antarabangsa amat berguna sekali kepada pihak Tan Sri, DatoÔÇÖ-DatoÔÇÖ, Tuan-Tuan, Puan-Puan dan Negara khususnya untuk mempertahan, melindungi dan mengekalkan kedaulatan Malaysia.
YBhg. Tan Sri ÔÇô Tan Sri, DatoÔÇÖ Sri ÔÇô DatoÔÇÖ Sri, DatoÔÇÖ-DatoÔÇÖ, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian.
MEWUJUDKAN HUBUNGAN KERJASAMA SETIAP AGENSI KESELAMATAN DALAM MENGHADAPI ANCAMAN DI SASARAN PENTING.
29.┬á┬á┬á┬á Konsep ÔÇÿStrategi Lautan BiruÔÇÖ iaitu pendekatan aplikasi secara kreatif dan inovatif dalam melaksanakan dasar kerajaan yang akan diteruskan kerana ia telah terbukti membawa impak positif kepada rakyat dan negara. Strategi tersebut mampu menggalakan pelaksana dasar kerajaan termasuk penjawat awam untuk berfikir secara baharu atau berfikir di luar kotak dalam menyelesaikan sebarang masalah.
30.     Sebagai contoh semangat kerjasama berpasukan  Jawatankuasa Pusat Sasaran Penting ( JPSP ) yang terdiri  dari pelbagai Kementerian / Jabatan / Agensi  dalam pengurusan Sasaran Penting antara agensi keselamatan, pihak kerajaan dan swasta perlu diteruskan untuk mencapai hasrat kerajaan dalam pembangunan negara bagi mencapai matlamat transformasi.
31.┬á┬á┬á┬á Saya menyarankan agar pihak Instalasi dapat Menguji Sistem Keselamatan secara kolektif dengan kerjasama agensi-agensi lain yang berkaitan.┬á Di samping dapat menguji ÔÇ£kebolehgunaanÔÇØ alat-alat kecemasan berfungsi dengan baik, pihak Instalasi juga dapat menjimatkan kos pengendalian.
32.     Ini kerana kekuatan dimensi keselamatan masa kini adalah perhubungan di antara pihak Instalasi dan agensi keselamatan. Hubungan ini  tidak dapat dipisahkan dan perlu diperkukuhkan lagi bagi menjalin kesefahaman dan kerjasama di antara perkhidmatan dan agensi-agensi pada masa yang diperlukan.
Y.Bhg Tan Sri-Tan Sri, Datuk-Datuk, Tuan-Tuan dan para hadirin sekalian
33.     Seminar ini amat bertepatan  sekali  kerana seperti yang kita semua maklum bahawa keselamatan bukan sahaja menjadi tanggungjawab kerajaan semata-mata, malah ia akan menjadi efektif sekiranya semua pihak dapat menggembleng tenaga, kepakaran dan akauntabiliti dalam menanganinya.
34.┬á┬á┬á┬á Pihak kerajaan akan memastikan supaya pengurusan keselamatan perlindungan Sasaran Penting seluruh negara sentiasa diberikan perhatian serius oleh semua Pengerusi, Setiausaha, Ahli dan Penghuni dan menjadikannya sebagai agenda utama demi memelihara kewibawaan perkhidmatan dan pentadbiran kerajaan sejajar dengan ÔÇ£Transformasi Sasaran Penting Kesejahteraan RakyatÔÇØ .
35.┬á┬á┬á┬á Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih sekali lagi kepada Pengerusi JPSP dan Setiausaha JPSP selaku penganjur, pembentang- pembentang kertas kerja yang telah berusaha dengan gigihnya di dalam menjayakan seminar ini. Saya berharap agar YBhg. Tan Sri, DatoÔÇÖ Sri, Datuk/DatoÔÇÖ, Tuan-tuan dan Puan-puan dapat mengambil kesempatan untuk memberikan kerjasama dan sokongan padu terhadap usaha kerajaan untuk memastikan keselamatan sasaran penting menjadi sebagai satu budaya dan teras pembangunan Negara untuk kesejahteraan kita semua. Saya berharap seminar ini dapat memberikan faedah dalam meningkatkan kesedaran akan kepentingan pengurusan Keselamatan Perlindungan di Sasaran Penting seluruh negara secara efektif dan berkesan.
36.     Akhirnya, saya dengan lafaz Bismillahir rahmanir Rahim merasmikan Seminar Sasaran Penting Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 2013.
 
Sekian, terima kasih.
 
PICC/ 26 September 2013
Film Censorship Board
Parole Board
Prevention of Terrorism Board
Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya |
Tel: 03 8000 8000 Fax : 03-88891613 / 03-88891610 |
pro[at]moha[dot]gov[dot]my |
Privacy Policy | Security Policy | Disclaimer | Help | Questionnaire | FAQ | Site Map | RSS Feed | Location
Privacy Policy | Security Policy | Disclaimer | Help | Questionnaire | FAQ | Site Map | RSS Feed | Location