telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

1,000 AMAH KEMBOJA KE MALAYSIA SETIAP BULAN

 

PUTRAJAYA, 28 Oktober- Kemboja akan bekerjasama dengan Malaysia untuk menghantar kira-kira 1,000 pembantu rumah dari negara itu ke Malaysia setiap bulan bertujuan menampung permintaan tinggi majikan Malaysia terhadap pembantu rumah berikutan kesukaran mendapatkan pembantu rumah dari Indonesia selain mengambil pekerja untuk beberapa sektor lain yang diperlukan di negara ini.

Picture 189

Menteri Dalam Negeri, DatoÔÇÖ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pengambilan tenaga kerja asing itu akan dilakukan antara kerajaan dengan kerajaan (G2G) melalui memorandum persefahaman (MoU) yang akan ditandatangani kedua-dua negara tidak lama lagi,┬ákata pada sidang media selepas menerima kunjungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kemboja, Oknha Othman Hassan, di pejabatnya di sini, semalam.

Picture 222

DatoÔÇÖ Seri Ahmad Zahid berkata, pada pertemuan itu, kedua-dua pemimpin turut bersetuju supaya satu pusat latihan diwujudkan di Kemboja bagi melatih bakal pekerja berkaitan bahasa, adat resam, etika dan budaya kerja di negara ini.

Ketika ini, terdapat hampir 30,000 rakyat Kemboja bekerja di Malaysia, kebanyakannya sebagai pembantu rumah.

Malaysia juga bersetuju membantu Kemboja mempertingkatkan sistem pengurusan dan pengeluaran pasport antarabangsa dengan menyediakan latihan kepada pegawai kanan di negara itu.

Picture 284

ÔÇ£Kemboja hanya mempunyai tiga pejabat imigresen yang mengeluarkan pasport antarabangsa dan kita bersetuju membantu mereka dalam bentuk latihan untuk pelatih.

ÔÇ£Kita akan menempatkan pegawai kanan Kemboja di Jabatan Imigresen di sini bagi mempelajari sistem pengeluaran pasport antarabangsa daripada kita,ÔÇØ katanya.

-tamat-

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 21 November 2024.
Visitor Count : 1121302

moha qrcode