telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

TIMBALAN MENTERI DI MESYUARAT MENTERI-MENTERI ASEAN KE-9 MENGENAI JENAYAH RENTAS SEMPADAN DI VIENTIANE, LAO PDR

Y.B. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Asean Ke-9 Mengenai Jenayah Rentas Sempadan di Vientiane, Lao PDR mulai 16 hingga 19 September 2013.

Mesyuarat ini diadakan setiap dua (2) tahun sekali di mana Mesyuarat Ke-8 telah dihoskan oleh Republik Indonesia di Bali pada tahun 2011. Mesyuarat Ke-9 ini turut melibatkan sesi ASEAN + 3 iaitu Negara Rakan Dialog terdiri daripada Republik Rakyat China, Republik Korea dan Jepun termasuk sesi berasingan di Antara ASEAN + Republik Rakyat China serta ASEAN + Jepun.

Mesyuarat Menteri-Menteri Asean Mengenai Jenayah Rentas Sempadan memberikan fokus kepada lapan (8) bidang utama iaitu keganasan, penyeludupan dadah, pemerdagangan orang, jenayah ekonomi, pengubahan wang haram, pelanunan di laut, penyeludupan senjata api dan jenayah siber. Malaysia merupakan Negara peneraju bagi aspek pengubahan wang haram dan pelanunan di laut.

Semasa Mesyuarat di Vientiane, Y.B. Timbalan Menteri Dalam Negeri telah memberikan Kenyataan Negara mengenai inisiatif yang diambil oleh Malaysia dalam membanteras jenayah rentas sempadan seperti Ops Cantas yang dilaksanakan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam menangani ancaman jenayah berat yang berkait rapat dengan jenayah rentas sempadan.

Malaysia bakal menjadi hos kepada Mesyuarat Ke-10 Mesyuarat Menteri-Menteri Asean Mengenai Jenayah Rentas Sempadan yang dijadualkan pada tahun 2015. Pada tahun yang sama juga, Negara akan mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN.

LAO

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106268

moha qrcode