Putrajaya, 7 Julai 2013 ÔÇô Tema ÔÇ£Kesukarelaan Bukan Pilihan, Ia 1TanggungjawabÔÇØ telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Anti Dadah Antarabangsa 2013.┬á Ia adalah seiring dengan pengisytiharan oleh YAB DatoÔÇÖ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di mana 2013 adalah tahun kesukarelaan. Tema ini juga adalah selari dengan tema yang ditetapkan oleh United Nation Office on Drugs and Crime (UNODC) iaitu ÔÇ£Global Action for Healthy Communities without DrugsÔÇØ yang bertujuan untuk menyeru seluruh rakyat bangkit bersama-sama melahirkan komuniti yang sihat melalui gerakan kesukarelaan antidadah.
Ia turut membawa mesej kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira fahaman agama atau politik, tanggungjawab bagi menangani masalah penagihan dadah perlu digalas dan diatasi bersama dalam memastikan Malaysia muncul sebagai negara maju tanpa pengaruh dadah.
Majlis sambutan gilang-gemilang yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah disempurnakan oleh YB DatoÔÇÖ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri. Menteri turut melancarkan kempen baru AADK mengenai kesedaran bahaya dadah. Kempen tersebut akan meliputi semua medium media massa. Ia adalah salah satu perancangan strategik AADK dalam usaha membuka mata dan minda rakyat mengenai bahaya dadah agar mereka sama-sama ÔÇ£AMBIL KISAH, AMBIL TINDAKANÔÇØ.