Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Cawangan Sabah pada 25 Oktober 2013 telah menahan untuk tujuan kajian 53 naskhah tabloid The Herald.  Penahanan ini dilakukan selaras dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan penerbitan The Herald tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitannya. 
Walau bagaimana pun setelah kajian dilakukan adalah didapati tiada penggunaan Kalimah Allah di dalam penerbitan tersebut dan penerbitan tersebut telah dilepas untuk edaran pada hari ini, 27 Oktober 2013.
 
27102013