PUTRAJAYA, 6 September- Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menganjurkan Majlis Seminar Khas Kesejahteraan Keluarga Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Pengarang Buku ÔÇ£La TahzanÔÇØ (Jangan Berdukacita), Dr Aidh Abdullah al Qarni di KDN di sini, pada Jumaat.
Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.
Menurut menteri Dalam negeri DatoÔÇÖ Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, seminar itu bertujuan untuk mengubati tekanan warga kementerian yang sedang sibuk berikutan pelancaran Op Cantas, operasi PATI selain isu-isu lain yang perlu dihadapi mereka.
ÔÇØSemua warga kementerian sedang berdepan tekanan kerana beban tugas yang bertambah, kita sedang bertungkus-lumus menangani jenayah, PATI, masalah pengedaran dadah, masalah penduduk tanpa dokumen pengenalan diri serta persidangan Suruhanjaya Siasatan Diraja tentang pendatang asing Sabah yang masih diadakan,ÔÇØ katanya.
 
-tamat-