PUTRAJAYA, 28 Ogos- Duta Poland di Malaysia, Adam Waclaw Jelonek, hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Dalam Negeri, DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, di pejabatnya di Kementerian Dalam Negeri hari ini.
Pertemuan hampir sejam itu diadakan bagi membincangkan mengenai kerjasama dua hala dalam bidang persenjataan diantara Malaysia-Poland selain merapatkan lagi hubungan diplomatik yang sedia wujud antara kedua-dua negara.