PUTRAJAYA, 28 Ogos- Kabinet yang bermesyuarat hari ini bersetuju untuk menjadikan Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) sebagai sebuah agensi kerajaan bertaraf jabatan, iaitu Jabatan Sukarelawan Malaysia, kata Menteri Dalam Negeri DatoÔÇÖ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Selari dengan perubahan status tersebut, gelaran pangkat sedia ada turut akan ditukar kepada lambang-lambang pangkat yang diluluskan.
ÔÇ£Semoga dengan penaiktarafan yang diluluskan Jemaah Menteri, ia akan memberi semangat baru kepada Rela,ÔÇØ katanya pada majlis pelancaran Semarak Jalur Gemilang@relamalaysia 2013 di sini.
Sebelum ini, DatoÔÇÖ Seri Zahid dilaporkan berkata, cadangan pertukaran status Rela kepada jabatan antaranya bertujuan memberi peluang kenaikan pangkat dan menggalakkan penglibatan anggota Rela yang separa aktif dan tidak aktif terutama lepasan universiti.
Dalam ucapannya, ┬áDatoÔÇÖ Seri Zahid berkata Rela yang kini dianggotai 2.87 juta ahli di seluruh negara telah melalui era transformasi yang membanggakan semenjak 2009.
ÔÇ£Bermula dengan penambahan ahli yang melonjak daripada 540,000 kepada hampir lebih kurang tiga juta pada akhir tahun ini,ÔÇØ.
ÔÇ£Saya yakin Rela dengan kepimpinannnya mampu menggerakkan semangat kecintaan terhadap negara ini melalui gelombang kesukarelaan yang dilaksanakan oleh Rela,ÔÇØ ujar DatoÔÇÖ Seri Zahid lagi.
Mengenai Program Semarak Jalur Gemilang, Ahmad Zahid berharap ia dapat menyuntik semangat masyarakat untuk mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda cintakan negara.
Simbolik pelancaran majlis itu menyaksikan DatoÔÇÖ Seri Zahid melepaskan 56 ekor burung merpati putih sebagai sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56.
Turut hadir pada majlis itu adalah Timbalan Menteri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dan Ketua Pengarah Rela, Datuk Mustafa Ibrahim.
 
-tamat-