PUTRAJAYA, 22 Ogos- Kerajaan Bangladesh mencadangkan penghantaran pekerjanya ke negara ini dijalankan melalui pendekatan kerajaan ke kerajaan (government to government) bagi mengelakkan peranan orang tengah yang melibatkan kos penghantaran yang tinggi.
Seramai 1.4 juta pekerja Bangladesh yang dijangka dibawa masuk secara berperingkat-peringkat ke negara ini menjelang awal tahun depan bakal mempunyai kad pengenalan khas.
Menteri Dalam Negeri, DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kad pengenalan khas itu akan dilengkapi teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), biometrik, fungsi kad debit dan kad simpan nilai (seperti Touch ÔÇÿn Go).
ÔÇ£Warnanya pula akan ditentukan mengikut sektor pekerjaan bagi mengelakkan mereka bertukar-tukar kerja.ÔÇØ ujar DatoÔÇÖ Seri Dr. Zahid selepas menerima kunjungan Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pengajian Luar Negara Bangladesh, Khandker Mosharraf Hossain, di pejabatnya.
Kerajaan Bangladesh akan menyimpan profil pekerja yang berpotensi dan apabila terdapat permintaan dari luar negara, mereka akan melakukan penempatan secara tersusun.
Pendekatan tersebut dapat mengurangkan kos kemasukan pekerja asing secara signifikan, mencegah eksploitasi dan mengurangkan masalah pendatang tanpa izin.
ÔÇÿÔÇÿBangladesh telah menggunakan pendekatan ini untuk menghantar pekerja asing mereka ke Korea Selatan dan beberapa negara di Asia Barat, hari ini mereka mengemukakan cadangan yang sama kepada Malaysia,ÔÇØ ujar DatoÔÇÖ Seri Dr. Zahid.
Dalam pada itu, Khandker Mosharraf berkata, kos kemasukan yang tinggi merupakan faktor utama mendorong ramai pekerja Bangladesh bekerja secara tidak sah di Malaysia.
ÔÇ£Mereka tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan kerana tidak dapat memulihkan kos kemasukan yang tinggi, mereka juga perlu mempunyai simpanan tertentu untuk balik ke negara asal,ÔÇØ katanya.
Beliau berkata, melalui pendekatan kerajaan ke kerajaan, kos migrasi pekerja asing dapat dikurangkan di mana ia boleh dibayar sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan selepas mereka mula bekerja.
Khandaker Mosharraf Hossain meluangkan masa kira-kira 45 minit bersama DatoÔÇÖ Seri Dr. Zahid.
-tamat-