telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

KUNJUNGAN HORMAT PESURUHJAYA TINGGI AUSTRALIA KE MALAYSIA MILES KUPA KE ATAS MENTERI DALAM NEGERI

 

Putrajaya, 30 Julai 2013 - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Miles Kupa di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut YB Datuk Seri Zahid, dalam perbincangan 30 minit itu, kerajaan akan memendekkan tempoh visa sewaktu tiba (VOA) kepada rakyat beberapa negara bagi mengelakkan negara ini menjadi tempat transit kepada individu yang mahu bermastautin di Australia.

 

Langkah itu selaras dengan pendekatan diambil oleh kerajaan Australia yang tidak lagi membenarkan negara itu menjadi tempat tumpuan rakyat asing.

Isu tersebut perlu dipandang serius kerana melibatkan aktiviti pemerdagangan manusia dan pelbagai jenayah rentas sempadan.

Kerajaan Australia telah mengambil pendekatan menempatkan semula rakyat asing yang tiba ke negara itu tanpa visa ke Papua New Guinea.

Sehubungan itu, selaras dengan ketetapan dalam Perjanjian Bali yang melibatkan beberapa buah negara bagi menangani isu ini, pihak Kementerian Dalam Negeri akan mengambil beberapa langkah jangka panjang dengan menjadikan beberapa negara Eropah dan Amerika Utara sebagai model menangani isu itu.

Tempoh visa ketibaan (VOA) akan dipendekkan kepada 14 hari daripada 90 hari sebagai usaha mengekang Malaysia daripada dijadikan negara transit.

Pada masa sama, pihak Imigresen juga akan menjalin kerjasama dengan polis dan pihak berkuasa lain supaya usaha penyelarasan dapat dilakukan.


-tamat-

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106261

moha qrcode