telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

PROGRAM JALINAN KASIH JABATAN PENJARA MALAYSIA SEMPENA AIDILFITRI 1434 HIJRIAH

 

Jabatan Penjara Malaysia telah menetapkan 3 dan 4 Ogos ini sebagai tarikh lawatan bagi keluarga banduan, tahanan dan juvenil sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Manakala, lawatan untuk tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di tempat tahanan perlindungan Kamunting, Taiping, Perak pula ditetapkan pada Hari Raya pertama dan kedua.

Waktu lawatan bermula dari 8.15 pagi hingga 5 petang dan keutamaan kepada penghuni penjara yang beragama Islam.

Bagi memudahkan urusan, pelawat diminta membawa kad lawatan dan kad pengenalan, selain tidak dibenar membawa makanan dan minuman melainkan yang dibeli di kantin penjara.

Program Jalinan Kasih Sempena Aidilfitri 1434 Hijriah ini merupakan salah satu inisiatif Jabatan Penjara Malaysia untuk memperkukuhkan ikatan kekeluargan diantara penghuni dan keluarga agar mereka tidak disisihkan setelah dibebaskan kelak disamping mempercepatkan proses pemulihan penghuni.

Sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, beberapa program khusus berbentuk keinsafan turut diatur bagi penghuni penjara seperti Tadarus Al-Quran, ceramah Nuzul Al-Quran, ceramah Ambang Ramadhan, pembayaran zakat fitrah, majlis khatam Al-Quran serta majlis berbuka puasa disamping meneruskan program-program keinsafan yang dilaksanakan secara berterusan bagi meningkatkan pemulihan rohani dikalangan penghuni penjara.

Statistik banduan di 35 buah penjara di seluruh negara sehingga 25 Julai 2013 adalah seramai 37,290 orang. 

-tamat-

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 21 November 2024.
Visitor Count : 1121307

moha qrcode