Jertih, 21 Julai 2013- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melawat ke Martek PDRM di Jertih sempena Pilihanraya Kecil Kuala Besut pada Rabu ini. YB Datuk Seri Dr. Zahid turut diberikan taklimat mengenai keselamatan semasa PKR Kuala Besut oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
 
Polis Diraja Malaysia (PDRM) membelanjakan sebanyak RM10.4 juta untuk menjaga keamanan seluruh penduduk dan penyokong kedua-dua parti sepanjang tempoh berkempen pada PRK Kuala Besut. Perbelanjaan itu diperuntukan untuk penyediaan makan minum kepada 2,789 pegawai dan anggota polis daripada seluruh negara yang dipilih menjalankan tugas pada PRK Kuala Besut, selain digunakan bagi kemudahan logistik.
=tamat=