telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

LAWATAN MENTERI DALAM NEGERI KE CARING COMMUNITY HOUSE (CCH) KAMPUNG GERTAK SERATUS, KUALA BESUT, TERENGGANU

IMG_6223

Kuala Besut, 21 Julai 2013- ┬áMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan lawatan ke Caring Community House (CCH) di Kampung Gertak Seratus, Kuala Besut, bersempena dengan lawatan kerja dua hari YB Menteri ke Besut. Turut hadir YBhg Puan Sri DatoÔÇÖ Zuraidah Mohamad, Ketua pengarah Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK), Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), DatoÔÇÖ Wan Ali Besar. serta pegawai-pegawai kanan AADK Negeri serta daerah Terengganu.YB Datuk Seri Ahmad Zahid turut menghulurkan sumbangan kepada 57 orang klien AADK yang merupakan orang kena pengawasan (OKP) daerah Besut.

 

IMG_6252

Program lawatan Menteri ini diadakan  bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pihak pengurusan Negeri dan daerah Terengganu  serat para sukarelawan SKUAD 1Malaysia Daerah Besut selain memperkasakan keupayaan dan komitmen Warga AADK Daerah Besut serta JKPD Besut dalam melaksanakan apa jua tugasan yang diamanahkan dan mempelbagaikan peranan Caring Community House (CCH).

 

 

 

 

 

IMG_6274

CCH Kampung Gertak Seratus ditubuhkan atas dasar keprihatianan pemimpin dan masyarakat  setempat dalam usaha membasmi penagihan dadah di Malaysia. Sejak beroperasi pada 15 Januari 2012, CCH Kampung Gertak Seratus kini mempunyai seramai 591 klien yang menghadiri program-program pemulihan di bawah AADK  seperti Langkah 12 serta kelompok Sokongan Sosial, selain aktiviti outreach, kemasyarakatan, sukan serta riadah. Sebanyak 76 CCH dibina di seluruh Negara dengan kehadiran terkumpul klien  yang mendapatkan perkhidmatan seramai 178,985 orang.

=tamat=

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106261

moha qrcode