telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

PERHIMPUNAN BULANAN BULAN JULAI 2013

20.EC2G7116

Putrajaya, 9 Julai 2013 -Tiga kakitangan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB), Kuala Lumpur  berjaya memenangi Pertandingan Mencipta Logo Korporat Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diumumkan kementerian berkenaan, hari ini. Tempat pertama dimenangi  Rusnah  Abas, tempat kedua dimenangi Sabariah  Idris, manakala tempat ketiga dimenangi  Adi Iskandar Elias. Seramai 76 kakitangan di bawah agensi KDN menyertai pertandingan itu. Pemenang tempat pertama menerima wang tunai  RM1,000 dan Sijil Penghargaan, pemenang kedua (wang tunai RM750 dan Sijil Penghargaan), manakala pemenang  ketiga  (wang tunai  RM500 dan Sijil Penghargaan).

 

19.EC2G7110

Hadiah kemenangan disampaikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut dihadiri Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan pegawai kanan sempena majlis Perhimpunan Bulanan kementerian berkenaan, di sini, hari ini.

5.EC2G7038

Ahmad Zahid ketika berucap di majlis itu berkata, logo baru yang dicipta dan terpilih melambangkan visi serta jiwa baru kakitangan kementerian berkenaan di samping membentuk semangat kekitaan di kalangan mereka. Beliau berkata, KDN hanya membentuk logo korporat yang baru tetapi masih mengekalkan logo KDN sebagai identitinya. ÔÇ£Saya mengucapkan tahniah kepada pemenang dan peserta lain kerana memberi sumbangan bermakna kepada KDN melalui ciptaan logo korporat KDN masing-masing, ÔÇ£katanya.

=tamat=

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106262

moha qrcode