telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

AZMI ABDUL MALEK MENGETUAI BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT

 

Putrajaya, 2 Julai 2013 - Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat yang baru, Azmi Bin Abdul Malek, 54 memulakan tugasnya di Kementerian Dalam Negeri (KDN) mulai semalam, 1 Julai 2013.

 

Beliau berterima kasih kepada Menteri Kementerian Dalam Negeri, DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi dan Ketua Setiausaha KDN, DatoÔÇÖ Sri Abdul Rahim Bin Mohamad Radzi kerana memberi kepercayaan kepadanaya menerajui kepimpinan Bahagian Komunikasi Korporat di KDN.

Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (UiTM) dan Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial dalam Bidang Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya.

Encik Azmi adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Datuk Seri Maharajalela, Kampung Gajah, Perak (1972 ÔÇô 1976) dan Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra (1977 ÔÇô 1978).

Sebelum ini, beliau pernah menyandang jawatan sama di Kementerian Sumber Manusia pada tahun 2009 hingga 2011 sebelum ditawarkan jawatan Setiausaha Akhbar Kepada Menteri Pertahanan (2011 ÔÇô Mei 2013).

Beliau juga pernah memegang jawatan Pegawai dan Pengurus Maybank (1982 ÔÇô 1999), Ketua Eksekutif Institut Pengurusan Bitara, Ipoh (1999 ÔÇô 2003) dan Pengarah Korporat dan Perancangan Strategik Universiti Industri Selangor (UNISEL : 2007 ÔÇô 2009).

AZMIUKK4

Azmi memulakan tugas rasminya sebagai Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat, Kementerian Dalam Negeri semalam.

=Tamat=

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106260

moha qrcode