telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

PROGRAM PERJUMPAAN BERSAMA TKSU(K)

IMG_3285

KUALA LUMPUR , 7 JUN 2013 ÔÇô YBhg. DatoÔÇÖ Alwi B. Haji Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) telah menghadiri Program Perjumpaan Bersama TKSU(K) di Rumah Perantaraan Kuala Lumpur anjuran Jabatan Penjara Malaysia dan Bahagian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) KDN. Rumah Perantaraan Kuala Lumpur ini merupakan salah satu daripada 14 buah rumah perantaraan yang telah diwujudkan di Malaysia yang merupakan inisiatif Jabatan Penjara Malaysia untuk memberi peluang kepada bekas banduan untuk mencari tapak baru dalam meneruskan kehidupan sebaik keluar dari hukuman penjara.

Rumah Perantaraan Kuala Lumpur pada masa ini menempatkan seramai tiga orang penghuni, di mana bekas banduan dibenarkan tinggal di sini selama tiga bulan bagi membantu mereka menstabilkan tahap kehidupan mereka selepas keluar penjara dan mendapatkan pekerjaan. Pelbagai kemudahan disediakan seperti ruang tamu yang lengkap, bilik tidur yang selesa, ruang riadah, surau, dapur dan ruang intervensi.

IMG_3318

Pada perjumpaan ini YBhg. DatoÔÇÖ Alwi B. Haji Ibrahim, TKSU (K) turut mengadakan sesi mensoal jawab antara penghuni dan bekas penghuni rumah perantaraan untuk membantu mereka jika menghadapi sebarang kesulitan dalam menjalankan kegiatan dan meneruskan kehidupan selepas keluar penjara.

IMG_3330

Pada akhir majlis YBhg. DatoÔÇÖ TKSU(K) menyampaikan sijil penghargaan kepada badan NGO yang terlibat dalam proses membantu bekas banduan mendapatkan pekerjaan dan juga penyampaian sijil kepada bekas banduan yang berjaya dalam perniagaan mereka.

=tamat=

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106259

moha qrcode