Jerlun, 7 Januari 2013 - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kubang Pasu dengan kerjasama Pejabat KEMAS Parlimen Jerlun telah mengadakan Program Keluarga Bebas Dadah: Family On Alert baru-baru ini. Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petmnag yang bertemakan Keluarga Prihatin, Keluarga Cemerlang. Kumpulan sasar adalah terdiri daripada ibu bapa serta guru-guru TABIKA Kemas yang berhampiran. Program ini bermatlamat agar peserta mendapat kefahaman tentang kesan dadah kepada individu keluarga dan masyarakat dan bagaimana menguruskan masalah ini dari berterusan yang boleh memberi kesan buruk kepada ahli keluarga yang lain.
Pengisian program dimulakan dengan slot ceramah dan perkongsian maklumat mengenai permasalahan sosial yang disampaikan sendiri oleh Ketua Pegawai AADK Daerah Kubang Pasu, En.Roslan bin Md Radzi. Selain itu, pihak LPPKN juga dijemput untuk memberi maklumat dan kemahiran yang berkaitan kekeluargaan dan tajuk yang diberi adalah Keluarga Prihatin, Keluarga Cemerlang. Diharapkan program ini dapat meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kesedaran dalam kalangan ahli keluarga tentang bahaya dadah dan kesannya terhadap kesihatan. Diharapkan juga agar ibu bapa memperolehi kemahiran serta panduan cara gaya keibubapaan untuk menghadapi cabaran keluarga dalam kitaran kehidupan. Program ini diakhiri dengan perasmian oleh Y.B DatoÔÇÖ Abu Hasan bin Sharif selaku ADUN Kota Seputeh.
Disediakan oleh: Bahagian Pencegahan AADK Daerah Kubang Pasu.