telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

PENGHARGAAN KEPADA PENCAPAIAN 2012

3

Benta, 8 Januari ÔÇô┬áBertempat di Dewan AS-Syakirin Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC) Benta berlangsungnya majlis gilang gemilang Hari Anugerah Kecemerlangan CCRC Benta┬á 2012. Majlis penganugerahan tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Azmi bin Mustafa Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Pahang. Majlis ini diadakan setiap tahun bagi menghargai sumbangan kakitangan CCRC Benta yang telah berusaha dengan gigih dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada klien di CCRC Benta. Penghargaan juga diberikan kepada klien yang cemerlang dalam program rawatan dan pemulihan.

1

 

2

Dalam ucapan perasmian, Tuan Azmi bin Mustafa telah mendorong semua kakitangan supaya terus melaksanakan tugas dengan cemerlang dan mencipta pelbagai inovasi dalam menyampaikan perkhidmatan. Ia supaya AADK terus relevan dalam setiap perkhidmatan yang diberikan agar  dapat dirasai oleh rakyat. Klien juga didorong untuk terus meningkatkan ilmu pengetahuan dalam proses kepulihan.

Pada majlis kali ini sebanyak 10 kategori anugerah klien dan 10 kategori untuk kakitangan telah disediakan . Antara kategori yang dianugerahkan kepada klien ialah Anugerah Terbaik Kepimpinan, Kumpulan Transformasi Terbaik, aktif dalam sesi dan lain-lain. Anugerah kakitangan pula terdiri daripada Anugerah Pekerja Multitasking, Fasilitator terbaik, Anugerah Janji Ditepati (KPI), Anugerah Pekerja Unit Terbaik dan lain-lain.  Bagi anugerah program terbaik CCRC telah disandang oleh Program Fiesta Euro, manakala anugerah program bertransformasi telah dianugerahkan kepada Program  Mini Joran Challenge CCRC Benta.

Disediakan oleh : Mohd Azizi bin Marzuki, CCRC Benta

-Tamat-

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106258

moha qrcode