telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

TEAM BUILDING SKUAD 1MALAYSIA JOHOR

Johor Bharu, 9 Januari 2013 - SKUAD 1Malaysia terdiri daripada pelbagai pertubuhan yang mempunyai matlamat yang sama iaitu membantu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam usaha untuk melaksanakan aktiviti pencegahan, rawatan dan pemulihan. Oleh yang demikian AADK Negeri Johor telah melaksanakan program team building bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama yang kukuh di antara ahli-ahli SKUAD 1Malaysia iaitu Pembimbing Rakan Sebaya dan juga ahli jawatankuasa SKUAD 1Malaysia yang lain.

a1

Program ini telah dilaksanakn dalam tempoh 2 hari 1 malam di Pusat Pertanian Moden, Sembrong, Kluang, Johor. Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada Pembimbing Rakan Sebaya dan juga ahli jawatankuasa SKUAD 1Malaysia dari setiap daerah di seluruh Negeri Johor telah menyertai program ini. Objektif program ini ialah untuk membentuk individu mahupun kumpulan yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal, memberi peluang kepada peserta bebas memberikan pandangan dan suara untuk melaksanakan aktiviti yang bermanfaat, memperkukuhkan hubungan di antara peserta agar mudah melaksanakan kerja secara berpasukan, membentuk masyarakat yang berdaya saing dan menyumbang kepada pembentukan Negara Maju Bebas Dadah. Selain itu, ia dapat melahirkan masyarakat yang bersifat pemimpin dan berketerampilan di dalam aktiviti kesukarelawan di dalam usaha membantu kumpulan sasar yang memerlukan bantuan.

c1

Pelbagai aktiviti yang dijalani oleh para peserta di antaranaya ialah Latihan Dalam Kumpulan, Kembara Rimba, Merentas Halangan, Membuat Rakit, Merentas kolam, Memanah Sasaran, Berkayak dan juga permainan secara kumpulan @ ÔÇ£team building gamesÔÇØ.

Disediakan oleh : Ruminah Binti Ismail

-Tamat-

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106257

moha qrcode