Putrajaya, 28 Januari 2013 ÔÇô Menteri Dalam Negeri, YB. Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah merasmikan program Pelancaran Putrajaya Security Dialogue di Dewan Gemilang KDN, Putrajaya. Program ini merupakan acara tahunan yang pertama kali dianjurkan oleh pihak Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM).
Dalam ucapan perasmiannya, beliau berhasrat agar Putrajaya Security Dialogue ini dijadikan sebagai Intellectual Discourse di peringkat kebangsaan dan seterusnya disyorkan IPSOM berganding bahu dengan GPEC merancang dengan teliti untuk menganjurkan Putrajaya International Security Dialogue pada tahun 2015. 
Beliau juga turut berhasrat untuk membukukan perbahasan Rang-Rang Undang-Undang POCA 2013 di Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk tatapan rakyat agar mereka dapat memahami dengan lebih jelas tujuan serta niat undang-undang ini dan apakah perkara sebenar yang berlaku di Parlimen semasa penggubahannya.
Program dialog berkenaan dibarisi oleh panel-panel seperti YBhg. Tan Sri Norian Mai, Mantan Ketua Polis Negara, YBhg. Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah, Peguam Cara Negara II Jabatan Peguan Negara dan Ybhg. Professor Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi, Penasihat Undang-Undang UiTM.
Hadir sama dalam program ini ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB. Datuk Dr Wan Junaidi Tunku Jaafar dan Ketua Setiausaha KDN, YBhg. DatoÔÇÖ Mohamad Khalid Haji Shariff. Seramai 200 orang peserta telah hadir melibatkan KDN, Kementerian Pertahanan, PDRM, Jabatan Penjara, Imigresen, RELA, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO),┬á Jabatan Kehakiman, media dan lain-lain.
Menteri Dalam Negeri juga berkenan melancarkan jurnal IPSOM berjudul Journal of Public Security and Safety.