telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

KEPULIHAN ANDA BERMULA DISINI

1

Kota Tinggi,10 Januari 2013 - Cyre & Care Rehabilitation Centre Kota Tinggi, Johor telah berjaya melaksanakan satu program motivasi kecemerlangan diri kepada semua klien dan turut melibatkan pegawai dan kakitangan. Program yang diadakan dirangka khas untuk melahirkan klien-klien CCRC Kota Tinggi, Johor yang bermotivasi dalam mencapai matlamat kepulihan sepanjang hayat. Kehadiran dan penglibatan para pegawai dan kakitangn dari setiap unit di dalam program ini adalah sebagai satu suntikan semangat kepada klien-klien untuk terus bermotivasi di dalam kehidupan mereka.

Program motivasi kecemerlangan diri ini dilaksanakan dengan melibatkan 11 kelompok klien yang mana setiap kelompok tersebut melibatkan 2 orang pegawai yang bersama-sama klien sepanjang program tersebut. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah Latihan Dalam Kumpulan 1 iaitu mencipta logo, nama dan sorakan kumpulan yang mana setiap kumpulan perlu membentangkannya. Aktiviti pada LDK 2 yang dijalankan adalah mencipta ÔÇ£Menara ImpianÔÇØ yang mana setiap kelompok telah dibekalkan┬ástraw┬ásebanyak 70 batang, 1 sellotape, 1 cawan polistrin dan 1 sampul surat bagi menghasilkan sebuah ÔÇ£Menara ImpianÔÇØ yang paling tinggi dan kukuh. Matlamat daripada LDK 2 ini adalah bertujuan untuk merangsang klien dan para pegawai dalam merancang dan membina sebuah menara yang paling kukuh dan mampu dengan alatan yang disediakan.

2

Pada sebelah petang program motivasi kecemerlangan diri diteruskan dengan tayanagn video-video motivasi oleh pegawai Unit Pemulihan yang bertujuan untuk menaikan semangat mereka untuk terus kekal bermotivasi dalam proses kepulihan diri mereka. Turut hadir Pengarah CCRC Kota Tinggii iaitu V.M Asok Kumar A/L Marathiah dalam memeriahkan lagi program ini. Diharapkan dengan terlaksananya program motivasi kecemerlangan diri ini dapat melahirkan klien-klien yang sentiasa bermotivasi dalam kehidupan dan CCRC Kota Tinggi menjadi tempat permulaan untuk melaksanakan kepulihan selaras dengan┬átag lineÔÇ£Kepulihan Anda Bermula DisiniÔÇØ.

Disediakan oleh: Mohamad Redzuan Biin Ibrahim

-Tamat-

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 21 November 2024.
Visitor Count : 1121296

moha qrcode