SUNGAI BESI, 4 JUN 2013 ÔÇô Menteri Kementerian Dalam Negeri ┬áYB DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan lawatan kerja ke Klinik Cure & Care 1Malaysia Sungai Besi, yang diselia oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
Turut serta dalam lawatan berkenaan ialah YB Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri , YBhg. DatoÔÇÖ Seri Abd Rahim Mohd Radzi, Ketua Setiusaha Kementerian Dalam Negeri, YBhg. Puan Sri DatoÔÇÖ Zuraidah Hj Mohamed,┬á Ketua Pengarah AADK serta pegawai-pegawai kanan KDN dan AADK.
Dalam lawatan ini, YB. Menteri telah diberi taklimat berkenaan operasi yang dijalankan oleh AADK melalui beberapa teras perkhidmatan iaitu rawatan, perubatan dan pemulihan, pencegahan serta pengesanan dan pegawasan dalam usaha membasmi masalah penagihan dadah di seluruh negara.
Dalam lawatan yang sama, YB Menteri  dan Timbalan Menteri turut mengambil kesempatan meninjau sekitar kawasan klinik serta beramah mesra dengan klien dan pesakit di situ.
=Tamat=