telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

LAWATAN YB DATOÔÇÖ SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI KE LOKASI NAHAS BOT KARAM, BELAGA, SARAWAK

IMG_4998

BELAGA, 2 Jun 2013 - Menteri Dalam Negeri DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak akan bekerjasama erat bagi membantu usaha pasukan penyelamat mengapungkan bot ekspres yang karam di Giam Bungan, Sungai Rajang, Selasa lepas dalam usaha mengesan dua orang lagi mangsa tragedi berkenaan.

 

Beliau berkata YAB Perdana Menteri dan kerajaan persekutuan memberi perhatian serius terhadap masalah yang dihadapi pasukan penyelamat dalam mendapatkan kren berkuasa tinggi bagi tujuan berkenaan. Justeru itu, DatoÔÇÖ Seri Ahmad Zahid berkata satu perbincangan antara beliau dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan diadakan malam ini bagi membincangkan mengenai kos dan urusan logistik membawa kren tersebut ke lokasi kejadian.

IMG_4853

ÔÇ£Saya ingin menyatakan lawatan ke sini adalah mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau amat bersimpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa bot karam yang meninggal dunia dan juga kepada mangsa terselamat namun tidak dapat merayakan Hari Gawai dengan penuh kegembiraan,ÔÇØ katanya.

Dalam sidang media yang sama, beliau meyakinkan orang ramai mengenai komitmen berterusan semua agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri seperti polis, JPAM dan Rela dalam gerakan mencari dan menyelamat mangsa melalui kerjasama dengan beberapa pihak lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak serta penduduk kampung.

IMG_4836

Terdahulu, beliau mendengar taklimat Ketua Polis Daerah Belaga DSP Bakar Sebau dan Timbalan Pengarah Bomba Negeri Mohd Ali Bahudin sebelum bergerak ke lokasi nahas yang terletak dua kilometer dari pusat operasi.

Beliau turut menyumbang sejumlah RM10,000 bagi melicinkan perjalanan operasi melalui penyediaan makanan dan bantuan logistik di lokasi kejadian. Selain itu, beliau turut memberi sumbangan peribadi sebanyak RM2,000 kepada John Soon Hock Chiong, yang isterinya masih hilang dalam tragedi bot karam tersebut.

=Tamat=

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106257

moha qrcode