PROGRAM JELAJAH ANAK MALAYSIA DI TANAH MERAH, KELANTAN
Tanah Merah, 6 Febuari 2013┬áÔÇô Tanah Merah menjadi destinasi seterusnya Program Jelajah Anak Malaysia. Program hari ini ini dimulakan dengan aktiviti riadah bersama penduduk kampung bertempat di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1 (SMKTM 1) dan diteruskan dengan Sesi Dialog Mahasiswa bersama pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akhir tahun ini.┬á Program ini diharapkan dapat membantu para pelajar meningkatkan mutu pembelajaran untuk mencapai matlamat ke menara gading dan membincangkan tentang arah hala tuju selepas SPM.
Dalam program Kam1 Prihatin, peserta Konvoi Jelajah Anak Malaysia singgah sebentar di wad kanak-kanak Hospital Besar Tanah Merah. Para peserta berpeluang melawat kanak-kanak bersama Tuan Hj Ahmad Ismail, Setiausaha Umno Bahagian Tanah Merah dan memberi sedikit sumbangan. Dan di sebelah petangnya tabung kecemasan GAZA turut dilancarkan bagi membantu mangsa peperangan di Palestin.
Selain itu hamper 1,000 orang penduduk Tanah Merah telah berkunjung ke gerai pameranRakyat Service Centre (RSC) yang diadakan bersempena dengan jelajah tersebut.  Dan di sebelah malamnya para pengunjung telah dimeriahkan dengan program Muzikal Rakyat yang mempersembahkan tarian dan nyanyian lagu-lagu rakyat.