Benta, 13 Februari 2013 - Tahun Baharu Cina merupakan perayaan terpenting bagi kaum Cina bagi menyambut tahun baharu dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama-nama haiwan, dan tahun ular.
Bagi meraikan perayaan tersebut, Unit Sosial Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC) Benta menganjurakan Majlis Makan Malam Sempena Tahun Baharu Cina 2013. Seramai 14 orang klien berbangsa Cina dan 10 orang pengawas dari setiap asrama diraikan dalam majlis tersebut bagi menyambut perayaan terbesar masyarakat Tionghoa.
Selain dapat mengurangkan tekanan di kalangan klien semasa perayaan, majlis ini dapat mengukuhkan jati diri klien dalam menyertai Transformasi Program Rawatan dan Pemulihan. Majlis ini diserikan lagi dengan makanan ÔÇ£Yee SangÔÇØ dan kuih bakul yang merupakan makanan simbolik makan besar pada malam Tahun Baharu Cina. Pengarah CCRC Benta Tuan Hadith bin Kamaruddin telah merasmikan makan malam tersebut dengan menggaul ÔÇ£Yee SangÔÇØ bersama Timbalan Pengarah Encik Rizal bin Sesaat dan klien-klien.
Disediakan oleh : Mohd Azizi bin Marzuki, Unit Sosial CCRC Benta.