telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

C&C SERTAI INDUSTRI KECIL SEDERHANA

Bachok, 1 Mac 2013 -┬áKlinik Cure & Care Bachok melangkah setapak ke dunia industri melalui kerjasama daripada Jabatan Pertanian Malaysia. Bengkel IKS bermula dari saranan YBhg. Puan Sri DatoÔÇÖ Zuraidah Binti Hj. Mohamed, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), sehubungan itu perbincangan lanjut berkenaan cadangan tersebut telah diadakan di antara AADK bersama Pegawai Jabatan Pertanian Ibu Pejabat Putrajaya bertujuan bagi memberi peluang latihan dan kemahiran kepada klien wanita di Klinik Cure & Care 1Malaysia Bachok.

1

 

Hasil pertemuan dan lawatan yang telah diadakan, satu projek bakeri pembuatan roti dan kek kendalian tenaga pengajar dari Pejabat Pertanian Negeri Kelantan telah diadakan pada 14 dab 15 Januari serta 17 Februari yang lalu. Seramai 10 orang peserta terdiri dari 2 oarng klien Klinik Cure & Care 1Malaysia , 3 orang dari TransCC dan 5 orang dari CCRC telah mengikuti projek berkenaan. Antara produk yang telah dihasilkan melalui penggunaan mesin tersebut ialah:

1. Pelbagai jenis roti

2. Pelbagai jenis kek

3. Karipap

4. Donut

5. Kuih Tiram

6. Pizza

7. Kuih Gunting

3

Rentetan program yang dilaksanakan, pada 26 Februari yang lalu satu Majlis Penyerahan dan Perasmian Mesin & Peralatan IKS Di Klinik Cure & Care 1Malaysia Bachok, Kelantan telah disempurnakan oleh YBhg. DatoÔÇÖ Mustafa Kamal bin Baharuddin Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia kepada YBhg. Puan Sri DatoÔÇÖ Zuraidah Binti Hj. Mohamed.

4

Untuk rekod produk-produk yang dihasilkan telah berjaya dipasarkan melalui tempahan kakitangan, masyarakat sekitar, lawatan dari NGO serta jabatan luar dan Ekspo Produk melalui AADK Daerah. Berikutan sambutan yang memberangsangkan hasil produk jualan tersebut berjaya membawa pulangan sejumlah RM2881.30 walaupun baharu dua bulan projek berkenaan dilaksanakan.

Disediakan oleh: UMKK

-Team Berita iKDN-

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106255

moha qrcode