telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

POIE FELDA JUMPA KAWAN

4

Jelebu, 14 Mac┬áÔÇô Sempena Program Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan peringkat Negeri Sembilan, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Home Visit dan Outreach ke 20 rumah Orang Kena Pengawasan (OKP) serta yang baru tamat pengawasan di Felda Pasoh 1 & 4 baru-baru ini.


2
Seramai 20 orang terdiri daripada pegawai AADK Negeri Sembilan, AADK Jelebu, AADK Seremban serta Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dari Cure and Care Service Centre (CCSC) Seremban berganding bahu menjalankan aktiviti tersebut. Program tersebut telah mendapat kerjasama yang baik daripada Pengurus Felda ,En Mazlan bin Abdullah ,Penghulu Mukim, En Muhd Fauzi bin Mohd Isa, Felda Pasoh 1 & 4 serta En Babu bin Husin wakil dari YB DatoÔÇÖ Razak B Mansor ADUN Pertang Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan, En Kamarulzaman bin Abd Latif Setiausaha Gabungan Jabatan Belia Daerah Jelebu (wakil Ketua Pemuda UMNO Daerah Jelebu) .

3
Program berkenaan dimulakan dengan ucapan penghargaan dan taklimat ringkas Puan Marilyn Ivan Rimbang,Penolong Pengarah Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK Negeri Sembilan. Seterusnya, diadakan pembahagian kumpulan untuk Home Visit dan agenda terakhir merupakan Outreach di sekitar Masjid Kariah Felda Pasoh 4 dan program telah tamat pada jam 3.00 petang.

5
Program ini bukan sahaja mengukuhkan jalinan kerjasama di antara AADK dan JKKK Felda, malah telah membentuk ÔÇ£jambatanÔÇØ hubungan antara ahli keluarga OKP dan AADK.

5

 

=tamat=

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106244

moha qrcode