telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

MESYUARAT AGUNG PUSPANITA CAWANGAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2014

Putrajaya, 6 Februari 2014 ÔÇô Mesyuarat Agung PUSPANITA kali ke-5 Cawangan Kementerian Dalam Negeri, telah diadakan di Dewan Gemilang KDN Putrajaya.

Mesyuarat yang dihadiri oleh lebih 200 orang ahli ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datin Hasmah Binti Abu, Pengerusi baru PUSPANITA KDN. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu PUSPANITA KDN diiringi persembahan koir dari AADK serta persembahan pembukaan tirai dari PENJARA.

Bengkel Keterampilan Diri bermula setelah mesyuarat ini berakhir dan ia telah dikendalikan oleh Encik Hafiz Mustapha yang merupakan seorang perunding imej.

Dalam bengkel ini, beliau banyak menyentuh soal pemilihan pakaian dan beg tangan untuk wanita dan pemilihan ini adalah berasaskan kepada warna dan rekabentuk yang bersesuian dengan badan bagi menghasilkan sesuatu imej yg menarik.

Program ini telah menarik perhatian ahli PUSPANITA kerana gaya penyampaian beliau yang santai dan bersahaja. Program ini berakhir dengan satu persembahan penutup yang dilakukan oleh kumpulan koir AADK.

Majlis penutup Mesyuarat Agung PUSPANITA berakhir dengan penyampaian sijil Anugerah Biro Cawangan Kecil terbaik dan ia disempurnakan oleh YBhg. Datin Hasmah Binti Abu.

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106244

moha qrcode