LAWATAN KERJA MENTERI DALAM NEGERI, DATO' SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI DI DEPOT TAHANAN IMIGRESEN, JURU PULAU PINANG
Juru, 15 Februari 2014 ÔÇô Yb. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Depot Tahanan Imigresen Juru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Lawatan ini bertujuan meninjau depot tahanan yang telah berusia 30 tahun dan ia merupakan depot terkecil di Malaysia dengan keluasan 3km persegi.
Depot ini juga mampu menampung lebih dari 550 tahanan dalam satu-satu masa
Dalam kesempatan itu, Menteri Dalam Negeri melihat sendiri tugas-tugas yang telah dilaksanakan oleh pegawai imigresen berkenaan dan berharap agar ia memberi impak yang besar kepada mereka dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab. 
Turut hadir ialah Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato' Aloyah Mamat