telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

LAWATAN KERJA RASMI KSU KDN KE KUCHING, SARAWAK

Kuching, 10 Februari 2014 ÔÇô Ybhg. DatoÔÇÖ Mohamad Khalid Hj Sharif, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dalam program turun padangnya telah mengadakan lawatan kerja selama dua hari ke Kuching, Sarawak.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dalam program lawatan ini, beliau berkesempatan melawat Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Negeri Sarawak di samping turut mengadakan taklimat bersama warga KDN Negeri Sarawak.

Taklimat berkenaan dihadiri oleh seramai 300 warga KDN. Dalam taklimat ini, beliau telah mengingatkan kepada warga KDN supaya memantapkan sistem panyampaian perkhidmatan dan mempamerkan budaya kerja yang cemerlang.

Sebelum itu, beliau telah mengadakan mesyuarat dan perjumpaan khas bersama Ketua Jabatan KDN dan Pegawai Kanan Jabatan Negeri Sarawak. Beliau juga berpeluang untuk turut bersama dalam kejohanan tenpin boling persahabatan antara agensi Kementerian Dalam Negeri anjuran Kelab Rekreasi Imigresen Sarawak.

Dalam pada itu, DatoÔÇÖ Mohamad Khalid Hj Sharif turut mengadakan lawatan rasmi ke IPK Negeri Sarawak dan menghadiri majlis sambutan Hari Ulangtahun RELA ke-42. Turut bersama dalam program ini ialah Menteri Dalam Negeri, DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Dalam Negeri, DatoÔÇÖ Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106248

moha qrcode