Kajang, 17 Febuari 2014 ÔÇô DatoÔÇÖ Mohamad Khalid Hj Sharif, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan lawatan rasmi ke Jabatan Penjara Malaysia, Kajang Selangor.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Dalam lawatan ini, DatoÔÇÖ Mohamad Khalid┬á Hj Sharif telah berjumpa dengan warga penjara berkenaan di samping turut beramah mesra bersama mereka.
Beliau juga berkesempatan melawat tirai besi penghuni penjara bagi melihat sendiri suasana dan keadaan penjara tersebut.
DatoÔÇÖ KSU juga melawat kilang pembuat roti yang mana para pekerja kilang tersebut adalah terdiri daripada banduan-banduan penjara ini. Mereka diajar bagaimana membuat roti sambil di perhatikan oleh pegawai-pegawai penjara berkenaan.
Lawatan berakhir dengan ucapan dan menandatangani buku pelawat penjara.
Turut hadir bersama ialah YBhg. Dato Sri Haji Zulkifli Omar, Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia.
Lawatan ini merupakan program turun padang KDN ke atas setiap jabatan dan agensi di bawah KDN.