telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

KERJA AMAL SKUAD 1MALAYSIA KUANTAN

 

Kuantan, 20 Disember 2012 - Baru-baru ini SKUAD 1Malaysia Daerah Kuantan dan residen Cure and Care service Center (CCSC) Daerah Kuantan telah menyertai kerja amal membaik pulih rumah keluarga miskin bertempat di Kampung Tengah, Kuantan. Seramai 50 orang ahli SKUAD 1Malaysia dan 15 orang residen telah hadir menyertai kerja amal ini. Program Khidmat dan Kesukarelawan bersama TV3 ini melibatkan pasukan sukarelawan daripada Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional serta pemimpin masyarakat di Kawasan Teruntum, Kuantan.

 

3

 

Di dalam program ini, para peserta membantu menukar atap, membina tangga batu dan kerja-kerja mengecat rumah. Peserta juga turut membantu menukar perabot baru dan membersihkan kawasan rumah ibu tunggal di kawasan tersebut. Turut hadir sama ADUN Kawasan Teruntum, YB Chang Hong Seong, pihak pengurusan dan personaliti TV3 serta pemimpin-pemimpin setempat. Program ini diakhiri dengan penyampaian sumbangan kepada warga emas dan kanak-kanak.

 

2

1

Disediakan oleh: Puan Hamiza Binti Hazali, CCSC Daerah Kuantan.

-Tamat-

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106247

moha qrcode