telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

SHIELDS KEM RAMBONG

 

Selama, 27 November - Program Sayangi Hidup Elak Dadah Selamanya (SHIELDS) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kinta dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) telah diadakan baru-baru ini di Kem Rambong, Seputeh Selama Perak. Program ini disertai seramai 38 orang pelajar di sekitar Daerah Kinta Utara lingkungan umur 13 hingga 16 tahun.

Objektif program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran bahaya dadah serta mencegah para pelajar daripada terlibat dengan masalah penyalahgunaan dadah pada masa hadapan. Pelbagai pengisian telah disusun bagi mencapai objektif tersebut, diantaranya ialah ceramah berkaitan dadah, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Bicara Hati, Kembara Ilmu, Sukan dan Riadah, Kuliah Agama serta diadakan pertandingan antara kumpulan.

Selain itu, para peserta didedahkan dengan aktiviti lasak dengan permainan paintball yang menguji ketahanan mental dan fizikal disamping para peserta perlu bijak mengatur strategik peperangan bagaimana untuk menumpaskan pihak musuh. Oleh yang demikian, diharapakn program ini dapat membentuk jati diri para pelajar agar mampu menangani cabaran masa depan dengan jayanya.

Majlis perasmian program tersebut dirasmikan oleh Tn.Hj Mar Azlan Bin Amran AMP.,PT, Pegawai Pelajaran Daeah Kinta Utara dan majlis penutup disempurnakan oleh En.Mahadi bin Nordin, Pengarah AADK Negeri Perak.

-Tamat-

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106234

moha qrcode