telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

HARM REDUCTION AADK DAPAT PUJIAN

Kuala Lumpur, 7 November ÔÇô Program rawatan dan pemulihan yang berkonsep terbuka dan sukarela yang menjadi teras perkhidmatan Klinik Cure & Care 1Malaysia semakin mendapat pengiktirafan di pentas antarabangsa. Kali ini Klinik Cure & Care 1Malaysia Sungai Besi telah menerima kunjungan daripada pegawai-pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan, Republikan Kazakhstan pada 6 November yang lalu.

Seramai lima (5) orang delegasi yang diketuai oleh Ms. Davletgalieva Tatyana, Pengurus Program, Republican Centre for the Prevention and Control of AIDS, Republik Kazakhstan telah tiba di Klinik Cure & Care 1Malaysia pada jam 9.30 pagi. Delegasi telah disambut oleh Cik Nazira binti Sadiron, Pengarah Klinik Cure & Care 1Malaysia Sungai Besi, Pn. Norshafinaz binti Abdul Syukor wakil daripada Cawangan Institusi AADK Ibu Pejabat serta beberapa kakitangan yang lain.

Penerangan mengenai perkhidmatan di Klinik Cure & Care 1Malaysia telah disampaikan oleh En. Mohd Azizi Salleh kepada delegasi yang hadir. Delegasi kemudiannya telah dibawa melawat sekitar Klinik Cure & Care 1Malaysia bagi melihat dengan lebih dekat lagi pelaksanaan program rawatan dan pemulihan yang ditawarkan di klinik tersebut.

Selaras dengan tujuan utama lawatan ini iaitu untuk mempelajari pelaksanaan program harm reduction (pengurangan kemudaratan) di Malaysia. Delegasi tidak melepaskan peluang menemuramah seorang klien yang telah mengikuti program Terapi Gantian Methadone di Klinik Cure & Care 1Malaysia. Berkongsi pengalaman beliau yang telah terlibat di dalam penagihan selama 23 tahun, klien tersebut memaklumkan telah mengikuti program Terapi Gantian Methadone dalam tempoh dua tahun. Lebih mengagumkan delegasi apabila mengetahui klien berjaya mengekalkan kepulihan dan telah menamatkan Methadone selama hampir sebulan.

Ternyata lawatan singkat ini memberi banyak pengalaman dan maklumat kepada delegasi mengenai perkhidmatan yang ditawarkan melalui Klinik Cure & Care 1Malaysia terutama berkaitan program Rawatan Terapi Gantian. Lawatan tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh Cik Nazira binti Sadiron kepada semua delegasi yang hadir.

Selain daripada Klinik Cure & Care 1Malaysia, delegasi juga telah mengunjungi Cure & Care  Service  Center (CCSC) Chow Kit. Meluangkan masa hampir sejam lebih disini, delegasi telah diberi penerangan mengenai operasi serta perkhidmatan yang ditawarkan di CCSC oleh En. Ahmad Fansuri bin Mohamad Nasir, Pengurus Projek CCSC Chow Kit. Setelah di bawa melawat sekitar CCSC Chow Kit, delegasi telah memuji inisiatif AADK mewujudkan pusat day care bagi memastiakn penyampaian perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang holistic kepada mereka yang mempunyai masalah dadah.

-Tamat-

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106236

moha qrcode