telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

DIDIK KOMUNITI SETEMPAT BERKENAAN ISU PENYALAHGUNAAN DADAH

Pekan, 5 November ÔÇô Baru-baru ini telah berlangsung satu program Karnival Perpaduan dan Antidadah bertempat di Dewan Kampung FELCRA Sri Makmur. Karnival ini mendapat kerjasama di antara Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Pekan dan Persatuan Anak-anak FELCRA Kampung Sri Makmur (PAAPFs).

Seramai 300 orang peserta dari komuniti setempat telah menyertai Karnival ini. Objektif program ini adalah untuk mendidik komuniti setempat di DUN Pulau Manis khususnya  di Mukim Penyor berkenaan isu penyalahgunaan dadah serta kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat.

Disamping itu, program ini turut merapatkan hubungan silaturrahim dan memupuk sikap bekerjasama dalam berpasukan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Bicara Ilmu, Program Derma Darah, Sukaneka, Ceramah Antidadah, Kisah Benar, pameran dan lain-lain. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Khairuddin Bin Haji Mahmud selaku ADUN Pulau Manis.

-Tamat-

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 21 November 2024.
Visitor Count : 1121264

moha qrcode