Manjung, 5 November - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Manjung telah mengadakan Program TomorrowÔÇÖs Leader bertempat di Kolej Kejururawatan Seri Manjung baru-baru ini. Program ini bertempat di dewan serbaguna kolej kejururawatan yang dihadiri seramai 68 orang pelatih yang begitu komited untuk menyertainya.
Program bermula pada jam 8.00 pagi yang dimulakan dengan taklimat dan diikuti dengan ceramah yang bertajuk Fungsi dan peranan AADK Serta Dadah dan kesannya pada kesihatan. Selepas ceramah berakhir para pelatih telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan aktiviti latihan dalam kumpulan, para pelatih juga memberi reaksi dan kerjasama yang baik sepanjang aktiviti latihan dalam kumpulan dijalankan.
Program diakhiri dengan majlis perasmian penutup yang dirasmikan oleh Puan Zalina binti Habidi Pengarah Kolej Kejururawatan Seri Manjung dan selesai pada jam 5.00 petang. Diharap program ini mampu memberi kesan positif kepada para Pelatih Kolej Kejururawatan Seri Manjung serta dapat mengeratkan hubungan dengan kakitangan AADK.
-Tamat-