telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

PEMIMPIN BERDEDIKASI, INSTITUSI BERKUALITI

Kuala Pilah, 1 November - Penyalahgunaan dadah telah dikenalpasti sebagai punca utama yang membantutkan pembangunan negara. Oleh itu, Pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Pilah dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah (Unit HIV/AIDS & STI) telah melaksanakan Program Tomorrow Leaders baru-baru ini. Program tersebut mensasarkan kepada golongan remaja/belia yang melanjutkan pengajian di institusi kemahiran di Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan.

Tujuan program ini mendedahkan pelbagai info berkaitan dengan penyalahgunaan dadah, penyakit berjangkit khususnya penyakit HIV/AIDS. Seramai 70 orang peserta dari pelbagai kursus telah menyertai program ini yang melibatkan aktiviti ceramah daripada pihak AADK dan Pejabat Kesihatan Daerah serta Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Sambutan yang diberikan amat menggalakkan di mana peserta-peserta memberikan komitmen yang baik sepanjang program berlangsung.

Program ini telah dirasmikan oleh Pn. Noraida binti Mahmud, Ketua Sekolah Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan. Dalam ucapannya, beliau menyokong sepenuhnya terhadap program yang telah dijalankan dan berharap peserta semua memperolehi manfaat daripada apa yang telah disampaikan. Selain itu juga, peranan pihak HEP dapat digerakkan demi memastikan para pelajar tidak sesekali terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan sekiranya ada yang mula untuk berjinak-jinak untuk mengambil dadah, pihak HEP boleh mengambil tindakan yang sewajarnya pada peringkat awal. Pn. Noraida memaklumkan bahawa beliau sangat mengalu-alukan program seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa pada masa akan datang.

-Tamat-

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106236

moha qrcode