telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

MAJLIS MALAM APRESIASI KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2014

Putrajaya, 25 Februari 2014 ÔÇô Bertempat di Hotel Marriot Putrajaya, majlis makan malam yang diberi judul Malam Apresiasi Kementerian Dalam Negeri 2014 telah diadakan bagi┬á merai dan menghargai sumbangan pegawai KDN yang bersara dan bertukar ke kementerian lain.

Seramai tujuh orang bekas kakitangan KDN yang telah bertukar ke kementerian lain dan seramai sepuluh orang pesara KDN telah diraikan dalam majlis ini.

Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata kesemua kakitangan yang telah berkhidmat di Kementerian Dalam Negeri merupakan tulang belakang KDN yang telah banyak membantu beliau dalam merencana dan melaksanakan tugas serta amanah rakyat kepada KDN.

Beliau juga turut menjelaskan bahawa pintu KDN sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja termasuklah pesara KDN memberikan idea dan pandangan mereka serta mengikuti perkembangan KDN daripada semasa ke semasa.

Seramai 400 orang tetamu hadir pada majlis tersebut. Turut serta ialah Ketua Setiausaha KDN, Datuk Mohamad Khalid Shariff, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan tetamu-tetamu kehormat yang lain.

Menteri Dalam Negeri turut berkenan menyampaikan cenderahati kepada kesemua bekas kakitangan dan pesara KDN sebagai menghargai sumbangan bakti yang telah dihulurkan semasa berkhidmat di kementerian ini.

 

 

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106236

moha qrcode