telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

PERBINCANGAN MENTERI DALAM NEGERI BERSAMA PERSATUAN PENERBIT AL-QURAN MALAYSIA (PQM)

Putrajaya,┬á 27 Februari 2014 ÔÇô Menteri Dalam Negeri, DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan pertemuan bersama Persatuan Penerbit Al-Quran (PQM) bagi berbincang mengenai isu penggunaan pelekat hologram pada naskah al-Quran.

Menurut beliau, KDN akan membawa isu pelekat hologram al-Quran ini ke kabinet dalam masa terdekat bagi mengkaji keberkesanan perlaksanaannya sebelum tindakan lanjut di buat.

"Sementara menanti keputusan kabinet yang diharap akan memberi situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak, kita ambil keputusan untuk 'memperlahankan' penguatkuasaan itu," katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan akan mengambil kira pandangan Persatuan Penerbit al-Quran Malaysia (PQM) berhubung masalah penggunaan hologram, termasuk perlakuan cetak rompak seperti yang dihadapi oleh kementerian dan agensi lain sebelum ini.

"Pertemuan ini diadakan untuk mencapai kesepakatan sejauh mana penerbit-penerbit al-Quran boleh dibantu untuk mengatasi permasalahan mereka termasuklah apabila berlaku cetak rompak terhadap al-Quran,ÔÇØ katanya.

Pertemuan ini berlangsung di pejabat beliau di KDN Putrajaya. Turut sama ialah Ketua Setiausah KDN, DatoÔÇÖ Mohamad Khalid Hj Sharif dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN Datuk Alwi Hj. Ibrahim.

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106235

moha qrcode