telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

KDN LAKSANA OPS BERSEPADU 6P FASA KEDUA

Putrajaya, 27 Februari 2013 ÔÇô Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen Malaysia akan memulakan Ops Bersepadu 6P untuk Fasa Kedua ke atas premis dan gerai yang dikuasai warga asing dalam masa terdekat ini.┬á

Penguatkuasaan ini akan tertumpu samaada kepada premis dan gerai yang diusahakan menerusi kaedah lain atau perniagaan rakyat tempatan yang memberi sewa kepada mereka (warga asing).

Menurut Menteri Dalam Negeri, DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, operasi ini ialah sebagai satu langkah kerajaan bagi mengurangkan kegusaran rakyat terhadap keberleluasaan warga asing yang menguasai aktiviti perniagaan di dalam negara ini.

Sehubungan itu, beliau tidak akan bertoleransi dengan keadaan tersebut dan berjanji untuk menyelesaikan masalah itu dengan tegas.

"Saya tidak berhajat untuk memberi amaran tetapi jika ada antara mereka masih berniaga dengan lesen rakyat tempatan atau tidak mempunyai dokumen sah atau sekadar mempunyai dokumen lawatan sosial tetapi melakukan perniagaan saya nasihatkan hentikan segera aktiviti ini," katanya.

Operasi ini akan dijalankan bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk pengawasan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya tidak timbul isu suapan ke atas pegawai yang menjalankan operasi.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan pihak Persatuan Penerbit al-Quran Malaysia (PQM) di pejabat beliau di KDN Putrajaya.

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106236

moha qrcode