telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

LAWATAN KERJA MENTERI DALAM NEGERI DI BALAI POLIS BUKIT TENGAH

BUKIT MERTAJAM, 1 Mac 2013 ÔÇô YB Menteri Dalam Negeri sekali lagi menyatakan komitmen beliau untuk memperkasakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) terutama dari segi keanggotaannya bagi menepati piawaian antarabangsa.

Beliau berkata kementerian telah merangka perancangan khusus mengenai perkara berkenaan dan akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun. Antara fokus pelan berkenaan ialah dari aspek peralatan, penambahan anggota tetap serta anggota PVR bagi menampung keperluan membanteras jenayah di seluruh negara.

ÔÇ£Contohnya di daerah Seberang Perai Tengah sendiri, purata anggota polis dengan penduduknya ialah 1:2,502 berbanding piawaian antarabangsa yang ditetapkan iaitu 1:320ÔÇØ, beliau berkata dalam sidang media selepas lawatannya ke Balai Polis Bukit Tengah.

Untuk tujuan berkenaan, Zahid berkata kementerian akan memohon peruntukan bajet tambahan dari YAB Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan yang turut merangkumi permohonan menaiktaraf beberapa balai dan kuarters anggota yang terlalu uzur di seluruh negara.

Zahid menegaskan perkara ini perlu diutamakan bagi mewujudkan ÔÇ£modern policingÔÇØ di samping meningkatkan kepercayaan rakyat kepada PDRM dalam soal integriti serta kecekapannya membanteras jenayah.

Lawatan Zahid ke Balai Polis Bukit Tengah ini adalah susulan daripada kejadian balai tersebut yang dilontar dengan bahan letupan yang kemudiannya disahkan mercun buatan sendiri pada 8 Februari 2014 yang lalu.

Letupan yang telah merosakkan sebahagian kecil siling dan pintu kaca balai berkenaan telah diperbaiki manakala anggaran kerugian dalam kejadian berkenaan ialah di antara RM5,000 hingga RM10,000. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan siasatan kes berkenaan masih lagi berjalan hingga kini.A

Turut serta dalam lawatan berkenaan ialah Ketua Polis Negeri Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi serta pegawai-pegawai kanan KDN dan PDRM Pulau Pinang.

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106236

moha qrcode