telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

MAJLIS PERASMIAN ASIA PACIFIC NGO CONFERENCE ON HUMAN TRAFFICKING

Kuala Lumpur, 19 Mac 2014 ÔÇô Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menyempurnakan program Asia Pacific NGO Conference On Human Trafficking: Focus on Girls Young Women and Children di Hotel Istana Kuala Lumpur.

Program ini merupakan anjuran bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) daripada Malaysian Council for Child Welfare (MKKM) dan Asian Pacific and Southeast Asia WomenÔÇÖs Association (PPSEAWA) serta mendapat kerjasama daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM).

Datuk Dr. Wan Junaidi pada sidang media selepas perasmian program berkata, Malaysia akan dibanjiri oleh pendatang tanpa izin jika kerajaan membenarkan mangsa pemerdagangan orang mendapat pekerjaan yang sah di negara ini.

"Jika kita membenarkan orang-orang ini untuk mula bekerja, semua orang akan mula datang ke sini. Malaysia telah berjaya menarik ramai orang ke negara kita kerana ia memudahkan mereka mencari kehidupan di sini, " katanya.

Tambah beliau, Kerajaan Persekutuan mungkin menyemak semula Akta Antipemerdagangan Orang 2007 untuk membenarkan mangsa mendapat pekerjaan di Malaysia sementara menunggu untuk memberi keterangan terhadap penyeludup.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat telah ditugaskan untuk mencari Pertubuhan Bukan Kerajaan yang boleh membantu kerajaan dengan menubuhkan pusat perlindungan bagi mangsa pemerdagangan orang.

Turut hadir dalam program ini ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN, Datuk Alwi Hj. Ibrahim, Presiden MKKM, Tan Sri Zaleha Ismail dan Presiden PPSEAWA, Datuk Rahmah Abdul Hamid.

Program ini berlangsung selama 3 hari berturut-turut bermula 19-21 Mac 2014. Ia dihadiri oleh peserta persidangan dari dalam dan luar negara.

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106240

moha qrcode