telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

MAJLIS SAMBUTAN PERINGATAN HARI POLIS KE-207

Kuala Lumpur, 25 Mac 2014 ÔÇô Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi mempamerkan kesetiaan dan kewibawaan mereka sebagai pasukan keselamatan negara apabila mengadakan Sambutan Peringatan Hari Polis ke-207 di Padang Kawat Pulapol, Jalan Semarak Kuala Lumpur.

Sambutan Hari Polis yang bertemakan ÔÇ£Komuniti Sejahtera Komitmen KamiÔÇØ antara lain mengetengahkan tanggungjawab dan peranan yang dimainkan oleh pasukan keselamatan ini dalam memastikan keamanan negara dan masyarakat terpelihara sepanjang masa.

Perkara ini dapat dilihat melalui usaha dan komitmen yang dilakukan secara bersungguh-sungguh dalam menanangi kes-kes jenayah yang berlaku dalam negara.

Sementara itu, Perdana Menteri DatoÔÇÖ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam ucapan beliau pada majlis ini berkata, rakyat perlulah memberi sokongan dan memainkan peranan aktif untuk membantu polis mengurangkan kadar jenayah dan mengekalkan keamanan negara.

"Sebaliknya kita perlu memain peranan, sudah tentu hasrat untuk mengurangkan kadar jenayah akan tercapai. Kita memperlihatkan kejayaan polis mengurangkan kadar indeks jenayah sehingga penghujung 2013, sebanyak 6.16 peratus," katanya.

Sehubungan itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam ucapan beliau menyatakan bahawa, tema Hari Polis untuk sambutan ke-207 'Komuniti Sejahtera Komitmen Kami' dikekalkan sebagai aku janji PDRM untuk terus memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.

ÔÇ£Dalam mengekalkan trend penurunan kadar jenayah, PDRM komited untuk meneruskan program sedia ada termasuklah Op Cantas Khas yang bertujuan mengekang jenayah kongsi gelap dan gangsterism,ÔÇØ katanya.

Malah PDRM juga akan terus memfokuskan usaha berlandaskan tiga aspek utama iaitu ketenteraman awam, mengurangkan jenayah dan memantapkan integriti dalam pasukan.

Beliau turut memaklumkan bahawa tahun ini juga PDRM akan menonjolkan pelbagai elemen baharu termasukiah penubuhan sebuah jabatan baharu iaitu Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) yang bertujuan meningkatkan disiplin dan imej PDRM, selain melancarkan kempen Tolak Rasuah.

Seramai lebih 2000 pengunjung hadir menjayakan sambutan kali ini. Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Setiausaha KDN Datuk Mohamad Khalid Hj. Shariff dan Timbalan Ketua Polis Negara DatoÔÇÖ Seri Bakri Zinin.

Majlis bermula menerusi pemeriksaan perbarisan oleh Perdana Menteri, DatoÔÇÖ Seri Mohd Najib Tun Razak dengan menaiki kenderaan istiadat dan berakhir dengan lafaz ikrar taat setia oleh pegawai dan anggota PDRM.

Pada majlis ini, Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Kenaikan Pangkat Secara Medan kepada 23 pegawai dan anggota polis termasuk Salmah Nordin, balu Allahyarham Koperal Raja Aizam Raja Mohd dari Unit Kereta Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, yang maut selepas diserang hendap sekumpulan warga asing di Taman Sentosa, Klang.

 

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106234

moha qrcode