telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

LAWATAN TAPAK KSU KDN KE KLIA 2

Sepang, 7 Mac 2014┬áÔÇô Ketua Setiausaha KDN, Datuk Mohamad Khalid Hj. Shariff┬á telah mengadakan satu lawatan tapak ke Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA 2), Sepang bagi meninjau aspek-aspek dan ciri-ciri keselamatan yang telah dibina di terminal tersebut.

Lawatan ini dimulai dengan sesi penerangan oleh Pengurus Besar Aviation Security,  Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB), Mustafa Kamal Hj. Alang Othman. Sesi penerangan menggunakan paparan visual ini lebih tertumpu kepada prosedur dan aspek-aspek teknikal keselamatan yang ada di terminal ini.

Sejurus sesi penerangan berakhir, KSU dan seluruh warga rombongan daripada KDN dan Jabatan Imigresen dibawa oleh pegawai-pegawai MAHB untuk meninjau beberapa lokasi yang mempunyai kaitan dengan prosedur dan aspek keselamatan tersebut.

KLIA 2 hampir siap sepenuhnya dan akan dibuka mengikut jadual pada 2 Mei ini setelah Perunding bebas, Ikram Premier Consulting (IPC) mendapati ianya selamat digunakan.

Lawatan ini turut disertai oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Aloyah Mamat dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri.

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 21 November 2024.
Visitor Count : 1121247

moha qrcode