telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

MAJLIS PELANCARAN PASUKAN BOLA SEPAK PDRM LIGA PERDANA MUSIM 2014

Putrajaya, 14 Januari 2014 - Majlis Pelancaran Pasukan Bola Sepak PDRM Liga Perdana Musim 2014 telah berlangusng di Hotel Marriott Putrajaya dan ia disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Tahun ini, pasukan bolasepak PDRM memilih Dollah Salleh sebagai jurulatih untuk mengemudi pasukan mereka bagi menghadapi saingan baru Liga Perdana musim 2014.

Menteri Dalam Negeri yang juga merangkap penaung pasukan bola sepak PDRM berkata, seramai 26 pemain termasuk tiga pemain luar negara disenaraikan untuk menghadapi saingan tersebut.

Tambah beliau, pasukan bolasepak PDRM merupakan yang terbaik untuk menjuarai kejuaraan tahun ini atas bimbingan jurulatih Dollah Saleh yang sebelum ini telah melatih pasukan Pahang hingga menjuarai Piala Malaysia tahun lalu.

Dalam majlis berkenaan, Ahmad Zahid turut berkenan merasmikan jersi baharu pasukan ini. 

Hadir sama Ketua Setiausaha KDN Datuk Mohamad Khalid Hj. Shariff dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Bakri Zinin.

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106236

moha qrcode