telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

LAWATAN RASMI MENTERI DALAM NEGERI KE PERAK

Perak, 18 April - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan lawatan rasmi ke Negeri Perak dan beliau telah hadir melawat Depot Tahanan Imigresen Langkap, Ibu Pejabat Polis Daerah Teluk Intan dan Balai Polis Kampung Gajah.

Lawatan bermula di Depot Tahanan Imigresen Langkap dan tujuan lawatan ini ialah untuk melihat perkembangan terkini tapak projek depot tahanan tersebut yang masih lagi dalam proses pembinaan.

Depot tahanan ini di jangka siap sepenuhnya seawal 2015.

Menteri Dalam Negeri dan rombongan seterusnya melawat Ibu Pejabat Polis Daerah Teluk Intan.

Dalam lawatan ini, beliau mengambil peluang untuk beramah mesra dengan pegawai dan anggota PDRM.

Lawatan berakhir di Balai Polis Kampung Gajah bersempena dengan Majlis Minum Sepetang Bersama Warga Pasir Salak.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga merangkap Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Turut serta dalam lawatan rasmi ini Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan dan Perolehan) Datuk Adenan Abd Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Aloyah Mamat, Timbalan Ketua Polis Negeri Perak dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Dalam Negeri.

 

 

 

 

 

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106230

moha qrcode