telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

MAJLIS PENGANUGERAHAN PINGAT JASA PAHLAWAN NEGARA 2014

Miri, 14 Mei 2014 ÔÇô Seramai 135 orang anggota polis yang pernah berkhidmat semasa zaman darurat dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara 2014 dalam Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Marriott Hotel dan Spa Miri, Sarawak.

Majlis bersejarah ini disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman.

Bercakap kepada sidang media selepas majlis tersebut, Wan Junaidi berkata, Pingat Jasa Pahlawan Negara dianugerahkan kepada petugas polis dan Polis Diraja Malaysia bagi menghargai jasa kepahlawanan, pengobanan dan kebaktian kepada negara semasa era darurat dalam perkhidmatan Persekutuan Tanah Melayu bagi tempoh 12 Julai 1948 hingga 31 Julai 1960 dan era Insurgensi Komunis pada 17 Jun 1968 hingga hingga 2 Disember 1989 di Malaysia, juga bagi Sabah dan Sarawak pada 1962 hingga 17 Oktober 1990 yang dikenali sebagai perkhidmatan semasa darurat.

Majlis penganugerahan ini merupakan yang kedua seumpamanya di Sarawak selepas kali pertama diadakan di Kuching melibatkan seramai 110 orang penerima pingat pada 14 Februari lalu.

Beliau juga memaklumkan Sibu merupakan lokasi ketiga yang dijangka diadakan majlis seumpama ini pada Jun nanti.

Sementera itu, beliau turut memaklumkan dan meminta kepada mana-mana pihak dan individu yang layak mendapat anugerah tersebut supaya berhubung dengan balai polis berhampiran atau pertubuhan bekas polis bagi membolehkan nama mereka dimasukkan ke dalam senarai penganugerahan pingat terbabit.

Jelasnya, pemberian pingat ini akan dilakukan secara berperingkat-peringkat kepada seramai 146,000 penerima di seluruh negara.

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106226

moha qrcode