telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

PROGRAM MARI BERSAMA MEMBANTERAS JENAYAH

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah hadir menyempurnakan program Mari Bersama Membanteras Jenayah di Penjara Tapah, Perak baru-baru ini.

Program yang diadakan selama tiga hari itu bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan menjalinkan kerjasama dan perhubungan dengan pasukan keselamatan negara dalam usaha membanteras jenayah.

Wan Junaidi dalam sidang media selepas merasmikan program tersebut berkata harapan masyarakat terhadap usaha yang telah dan sedang dilakukan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras jenayah semakin meningkat ekoran pencapaian dan keberkesanan inisiatif yang dilakukan oleh pasukan terbabit.

"Yang berkesan ialah polis melancarkan Ops Cantas bagi mengurangkan jenayah terancang yang dilakukan gangster dan kumpulan kongsi gelap.

"Sebagaimana yang kita ketahui Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah isytihar 49 kumpulan kongsi gelap haram dan selepas tangkapan dilakukan, ini menunjukkan keberkesanan tindakan kementerian,ÔÇØ katanya.

Menurut beliau, walaupun kejayaan dicapai dalam mengurangkan jenayah, tetapi timbul masalah lain yang masih wujud dan menjadi kebimbangan di kalangan masyarat iaitu persepsi terhadap keselamatan dan ketenteraman rakyat.

Namun, jelasnya pihak kementerian akan berusaha melakukan tindakan dan kaedah yang berkesan dalam menangani persepsi ini.

Sementara itu, beliau juga meminta masyarakat agar berganding bahu membanteras jenayah yang berlaku dalam negara.

"Semua pihak perlu berganding bahu dalam membanteras jenayah kerana jenayah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira tempat, masa, umur, kaum dan jantina. Wajarlah kita semua bersama-sama melibatkan diri dalam membanteras jenayah ini," jelasnya.

Program ini merupakan anjuran Kementerian Dalam Negeri dengan mendapat kerjasama daripada agensi dan jabatan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penjara, Jabatan Sukarelawan, Jabatan Pertahanan Awam dan Agensi Antidadah Kebangsaan.

Program ini telah berjaya menarik minat masyarakat menerusi aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan.

Turut hadir Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff dan pegawai-pegawai kanan kementerian.

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106225

moha qrcode