telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

SAMBUTAN HARI LEMBAGA PENAPISAN FILEM (LPF) KE 60

Putrajaya, 27 Mei 2014 - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir menyempurnakan Majlis Sambutan Ulangtahun Lembaga Penapis Filem (LPF) yang ke-60 di Dewan Gemilang Putrajaya.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau berkata  kewujudan dan kedudukan LPF di bawah KDN adalah penting dalam konteks keselamatan dan pembangunan masyarakat di negara ini.

Menurutnya, LPF tidak wajar menjadikan filem sebagai medan menanam nilai negatif sehingga sanggup merosakan nilai baik masyarakat apatah lagi mengancam keselamatan negara.

Beliau juga meminta supaya LPF lebih teliti dan berhati-hati agar filem yang diluluskan untuk tayangan tidak memberi kesan negatif dari sudut keagamaan, kemasyarakatan, sistem pentadbiran dan perhubungan diplomatik antara negara.

Sementara itu, beliau meminta supaya LPF mencipta inovasi terhadap kaedah penapisan filem berikutan pertambahan bilangan filem dan bahan publisiti filem yang dikemukakan untuk penapisan LPF pada waktu ini.

ÔÇ£Hingga kini proses penapisan masih lagi dilakukan secara manual. Keadaan begini dianggap tidak lagi sesuai dan LPF perlu memperbaiki proses penapisan secara online, supaya proses penapisan dapat dipercepatkan dan mengurangkan karenah di peringkat urusan kaunter,ÔÇØ jelasnya

Majlis berakhir dengan sebuah forum bertajuk Cabaran Penapisan Filem Dalam Era Transformasi dengan menampilkan panel seperti pengarah Ahmad Idham dan wakil-wakil daripada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Federation of Malaysia Consumers Association (FOMCA) dan LPF.

Hadir sama Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha KDN DatoÔÇÖ Mohamad Khalid Hj. Shariff dan Pengerusi Lembaga Penapis Filem DatoÔÇÖ Abdul Halim Abdul Hamid.

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106232

moha qrcode