telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

28th ASIA-PACIFIC ROUNDTABLE

Datuk Seri Najib Razak mahu amalan kerjasama negara di rantau ini dikekalkan dan dipertingkatkan, membabitkan semua isu dan bukan saja terhad kepada operasi keselamatan semata-mata.

Mengambil contoh kerjasama dalam insiden kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 sejak 8 Mac lalu, Perdana Menteri menyatakan ia berjaya mencerminkan nilai kerjasama antara negara terbabit. Beliau menjelaskan, aspek keselamatan di rantau ini amat bergantung kepada kemampuan pelbagai negara untuk terus mengeratkan usaha kerjasama.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik Ke-28 malam tadi. Persidangan itu telah berlangsung di Hotel Hilton Kuala Lumpur. Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mengulas lanjut, beliau berkata Malaysia juga memainkan peranan untuk mencegah perkembangan senjata pemusnah besar-besaran menerusi Inisiatif Keselamatan Penularan Senjata (PSI) bagi memastikan generasi akan datang tidak hidup di bawah ancaman senjata.

Hadir sama, Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan serta Naib Pengerusi Lembaga Pengarah Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS), Clara Joewono

Beliau juga mengingatkan semua pihak agar berwaspada terhadap semua ancaman sambil menegaskan bahawa Malaysia tetap dengan pendirian dan penegasan kepada pegangan dunia tanpa ancaman nuklear.

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106239

moha qrcode